Posted by: perantauhikmah | April 8, 2009

sehebat dentuman guruh

Dalam berdakwah seringkali terjadi situasi di mana yang mempunyai kelebihan yang jelas dipergunakan sebaiknya…ini tidak menjadi masalah…masalahnya ialah mereka yang berada di belakangnya…sampai bila?

“ aku rase elok kau yang pergi cakap ngan die…aku ni tak pandai sangat bab cakap-cakap ni…kau kan pandai pidato…lebih berkesan kalau kau yang pergi…aku ni layak buat kerja di sebalik tabir je “ seorang sahabat melafazkan isi minda…

Jika di dalam perbincangan kumpulan mahupun pembentangan ilmiah dalam usrah, seringkali mereka yang berani bercakap sahaja yang bercakap…risau agaknya…

Sejenak ku termenung…memikirkan apa yang patut ku katakan…bukanlah aku risaukan mad’uku tapi sahabat sepejuanganku itu…sampai bila fenomena ini akan berterusan…mereka yang tidak pernah mencuba akan mengatakan mereka tidak punyai kelebihan itu…dan yang pernah mencuba tetapi gagal pada kali pertama mengatakan mereka tidak layak untuk lakukan lebih…

Baca Lagi…

Posted by: perantauhikmah | Mac 7, 2009

hujan

“ ana dah jemu la jadi naqib ni…anak usrah bukan nak datang pun…”

“ macam-macam cara dah ana cuba, diorang tak minat jugak nak datang…nta tau tak kenape…?

Soalan yang ringkas…tapi jawapannya sungguh subjektif…hmm…tapi, yang membuatkan saya terpinga adalah mengapa soalan itu ditanya…

Tidaklah ingin saya mengupas secara terperinci ciri-ciri seorang naqib dan peranan yang perlu di bawa…Cuma kupasan yang ingin saya bentangkan adalah untuk membuka pemikiran para naqib…di mana mungkin halaman kali ini mampu membawa kelainan dan pembaharuan dalam institusi usrah bersama…dan mungkin merungkai beberapa persoalan lain dalam perantauan hidup kalian…

Mengapa anak usrah tidak berminat dengan usrah?…adakah salah pada naqib?…anak usrah?….manhaj dan lain-lain?…

Tak perlu saya berikan jawapan, cuma saya ingin bawa anda untuk memerhatikan hikmah di sebalik kejadian hujan secara keseluruhan…

Hujan…manusia mudah melihat hanya pada ketika hujan itu mencurah mambasahi bumi…adakah manusia biasa melihat saat dan ketika serta bagaimana hujan itu terhasil…?

Manusia ibarat bumi…fitrahnya mengharap…bumi mengharap hujan akan membasahinya…manusia pula mengharap pemberian..

Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira. Dan Sesungguhnya sebelum hujan diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah berputus asa.      ( Ar-ruum : 48 & 49 )

Baca Lagi…

Posted by: perantauhikmah | Februari 14, 2009

beras dan air

“ maaf ustaz (panggilan hormat seorang muslimah kepadaku), ana rasa ana tak mampu nak tegur dia, ana ni muslimat je, mana mampu nak lakukan kerja-kerja macam tu…elok  ustaz cari cara yang lain…asif “

Terkilan aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut seorang muslimah yang mengaku dirinya sebagai da’ie…tidakkah dia terfikir bahawa diri sebagai muslimah bukanlah penangguh kejayaan dakwah, bahkan muslimah adalah sayap kiri perjuangan itu sediri yang melengkap perjalanan sebuah bahtera, bahtera penyelamat…

Sayap kiri…?

Mengapa istilah ini sering di salah erti…sayap kiri bukanlah kelas kedua… Baca Lagi…

Posted by: perantauhikmah | Januari 15, 2009

menyuci debu yang terpalit

Sekian lama berjalan dan memerhati, hati sekali lagi terdetik…

“ kenapa aku masih berada pada tahap yang sama…? “

“ apa beza aku dengan mad’uku? “

“ layakkah aku mengajak mereka ke arah ma’ruf sedangkan aku sendiri bisa tergelincir ke lembah hina…”

“ Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?  Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (As-Saff : 2 & 3)

Hari demi hari kian berlalu. Aku kembali mencecahkan dahiku ke atas sejadah rindu, berseorangan di kala sepertiga malam…memohon petunjuk…

Bertanya…bormonolog seakan-akan berdialog denganNya…mengapa aku juga mudah tergelincir, terlalai, sama juga melakukan dosa seperti mereka…

Mengapa payah untukku istiqamah menjauhi perkara-perkara mungkar yang biasanya keluar dari mulutku ketika berdakwah, menasihati untuk dijauhi…namun…aku juga tidak lari dari melakukannya…secara sembunyi…

Aku merasa diriku seolah-olah hipokrit…munafik…

“ Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali “ (An-Nisa’ : 142)

Mengalir air mata memohon kekuatan…alangkah malunya diriku jika perbuatan dan akhlakku yang tidak ku sedari bagaimana aku melakukannya diketahui khlayak…justeru, terbayang bagaimana amalanku ditayangkan ketika di hari pembalasan nanti…meremang bulu roma, air mata kian mencurah-curah, sendu kian berirama, seperti tangisan bayi kelaparan mencari-cari ibunya…

Baca Lagi…

Posted by: perantauhikmah | Disember 19, 2008

bangunan yang tersergam

“ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh “ (as-Saff : 4 )

Kerapkali juga saya diajukan soalan mengapakah jurusan ‘senibina dan rekabentuk alam sekitar’ menjadi pilihan saya untuk melanjutkan pelajaran, lebih-lebih lagi di UIA. Ada juga yang menambah persoalan, apa relevannya hamalatul quran (penghafal al-Quran) berada dalam bidang ini. Dan setiap kali itu jugalah saya membalas dengan jawapan yang dimulakan dengan senyuman. (“,)

Sahabatku sekalian, saya bukanlah seorang yang dikatakan bijak dalam pelajaran, sederhana. Cumanya, perlu diketahui apa tujuan pelajaran itu ditimba, bagi saya apa yang diketahui perlu dikaji bukan sekadar diingati.

Kembali pada tajuk perbincangan kali ini, bangunan yang kukuh. Kenapa perkataan bangunan digunakan dalam ayat di atas? Apa kaitan dalam berjuang secara berkumpulan?

Nampak atau tidak ironinya? Dalam satu bangunan, bahagian apa yang bersebelahan dan bahagian apa yang tidak sekali pun dinaungi bayang bahagian yang lainnya? Contoh, atap dan dinding rumah sudah tentunya bertautan antara satu sama lain. Jadi, tidak pelik jika dikatakan ia saling bantu-membantu tapi bagaimana jika dijadikan tingkap hadapan dan pintu belakang sebagai perbahasan, apa bantuan yang disumbang yang satu pada yang lainnnya? Walaupun tidak jelas sumbangannya tapi tetap ada kaitannya. Cuba bayangkan, jika salah satu bahagian ini goyah atau roboh, apa akan jadi pada bahagian yang lainnya? Sudah tentu bahagian yang lainnya juga akan atau dikatakan tidak cukup sempurna untuk menjadikan bangunan itu tempat yang selamat.

Pemahaman yang ingin saya kongsikan dalam tulisan ini adalah bagaimana bangunan dapat dijadikan inspirasi dalam kehidupan berorganisasi. Tentu banyak pandangan yang berlegar dalam pemikiran kalian apabila perbincangan ini diketengahkan. Kerapkali berlaku kekhilafan antara ahli sebuah organisasi, mengapakah perkara ini terjadi? Suka saya menegakkan hujah bahawa perkara ini berlaku kerana mereka tidak memahami sebenarnya konsep bangunan yang dijadikan analogi oleh Allah dalam ayat tersebut. Pernahkah kita terfikir, mengapa masih berlaku kepincangan walaupun telah wujudnya saff yang tersusun dan pengurusan yang kemas dalam organisasi tersebut? Inilah jawapannya, masih belum wujud satu lagi saff iaitu saff fikrahBaca Lagi…

Posted by: perantauhikmah | November 9, 2008

Nila Dan Susu

Seringkali kita berhadapan dengan situasi di mana kita kurang selesa dengan kelakuan rakan-rakan atau orang di sekitar kita. Situasi tersebut memerlukan kita memberi sedikit nasihat atau perbincangan.tapi, sering juga keluar kata-kata yang membantutkan.

“ Aku tak boleh la masuk ngan diorang. Kau je la yang pegi tegur. “

Tidak cukup dengan kata-kata seperti itu, ada juga yang berkata :

“ kenapa kau duduk ngan diorang? Bukan diorang tu pelajar bermasalah? “

Saya tak menafikan yang sememangya wujud perasaan tidak selesa berdamping dengan mereka yang melakukan perkara yang tidak betul. Tapi, mengapa? Penetapan fikiran tegar melarikan kita dari memberanikan diri mendekati atau menggauli mereka. Jika ada hanya, sudah tentu hubungannya tidak sama seperti kita bergaul dengan rakan sepemikiran, betul? Sedar atau tidak, inilah yang membantutkan aliran nilai-nilai yang ingin kita terapkan. Mengapa ada perbezaan?

“ aku tak nak terpengaruh…. “

Terasa biasa dengan ungkapan demikian? Memang juga tidak mampu untuk saya nafikan, kegusaran melanda sesiapa yang berada dalam lingkungan yang kurang selamat, kurang selamat dari maksiat, ingin saya tegaskan, bukan tidak selamat! Jadi, bagaimana caranya? Baca Lagi…

Posted by: perantauhikmah | Oktober 27, 2008

rahsia kekuatan

Pembelajaran di UIA diteruskan. Di samping, aktif berpesatuan di dalam mahupun di luar. Bebanan tugas serta tanggungjawabku kian berat. Setalah disenaraikan, hampir tidak cukup masa 24 jam yang diberi. Tika itu, aku makin tertekan, ditambah dengan kerenah sahabat serta orang di sekelilingku yang seakan-akan sengaja menambah tekanan. Aku mula tidak nampak di manakah fokus yang sepatutnya.

“ Aku tak mampu…!! “

Kemurungan menerpa sanubari. Segalanya tidak menjadi. Makan tidak berselera, mandi pun sukar digagahi. Tergelincir sebentar aku dari peribadi sebenar, aku tiba-tiba hidup tidak terurus. Tidur menjadi penenang berbisa.

Aku mencari-cari sebuku tenaga yang dapat membantu walaupun sekadar bergerak seengsot. Aku terfikir, mungkin di sinilah hadirnya istilah ‘pejuang berundur’ dengan alasan tidak mampu. Aku perlu mencari jalan agar aku tidak tergolong dalam istilah itu. Aku juga tidak mahu dijadikan contoh kegagalan oleh adik-adik yang menjadikan aku antara sumber inspirasi mereka. Aku perlu kuat. Tapi, bagaimana?

Aku cuba menyelak lembaran kitab sejarah yang sempatku pinjam dari seorang sahabat. Terdetik di hatiku untuk meneroka lubuk perjuangan para sahabat Rasulullah yang tercoret dalam sejarah membuktikan kekuatan, muslim tidak lemah.

Episod demi episod ku tatap,aku seolah-olah membiarkan fikiranku berada dalam kisah tersebut. Terasa seperti hendak mempertikaikan catatan sejarah, adakah manusia yang tidak tidur beribadah di waktu malam, berpuasa di siang hari, masih mampu menjadi panglima terhadapan di medan perang? Tidak ditinggalkan tanggungjawab terhadap keluarga di rumah, bahkan tidak putus menyampaikan risalah agama junjungan. Di manakah mereka memperoleh kekuatan?

“ Dan (dia berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (Huud : 52)

Memohon ampun dan bertaubat? Adakah itu memberi kekuatan?

Baca Lagi…

Posted by: perantauhikmah | September 15, 2008

Pencetus Pemikiran

Genap sebulan kehidupanku bermula di bumi ilmiah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, sebuah institusi yang gah disebut-sebut, melahirkan teknokrat yang telusnya menjadi modal insan berguna buat negara. Tidak kurang graduannya mempunyai intelektual yang tinggi bahkan cemerlang juga dari aspek membudayakan suasana Islam dalam diri mereka. Tetapi pemikiran akal logik juga pastinya mempertikaikan, apakah ada perkara yang sempurna melainkan yang maha Pencipta?ingin ku katakan di sini,tidak dinafikan juga di tempat begini dicemari noda. Kurang kefahaman?kurang penghayatan? Siapakah yang berperanan menyucikan?

Hadir seorang rakan menyatakan keprihatinan. Syukurku atas kesedaran temanku itu. Dia bertanya padaku satu soalan yang sukar untukku menjawab dalam kata yang ringkas. Lalu, tergerak untukku menghuraikannya dalam halaman perantauanku ini…

“ Aku hairan masih ada rakan-rakan kita berkelakuan begitu, padahal ini adalah menara ilmu islam… apa pendapat kau? Adakah kita berperanan untuk menegur? “

Saudara Islamku sekalian, mengapakah soalan sebegini ditimbulkan? Adakah tanggungjawab itu terletak pada sesuatu pihak? Mengapakah tiada kefahaman yang jelas bahawa setiap mu’min adalah bertanggungjawab menegakkan yang ma’ruf serta mengegah yang mungkar?

“ Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar ; merekalah orang-orang yang beruntung “ (Ali ‘Imran : 104)

Adakah perkataan ‘ segolongan ‘ dinilai untuk memikirkan siapa yang bertanggungjawab? Sahabatku, lihatlah pada potongan ‘ merekalah orang-orang yang beruntung’ , apakah potongan ini tidak diambil kira untuk memikirkan secebis harapan untuk kita mengemis keuntungan akhirat? Ingatlah ayat yang lazim di mulut para imam masjid mahupun surau...

“ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. “ (Al-Asr: 2 & 3)

Hmmm…indah sungguh permainan bahasa kitab junjungan kita,betul? Tapi, untuk melihat keindahannya dengan lebih penghayatan, memerlukan sedikit engsotan untuk berfikir dan mengkaji, jadi, usahalah sahabatku. Nescaya kalian akan dapat memahami erti hidupmu di hamparan duniawi.

Kembali pada perbincangan. Perasan atau tidak, perkataan ‘untung’ dan ‘rugi’, kedua-dua perkataan ini saling berperanan memberi soalan dan jawapan untuk soalan sahabat ana tadi. Sudahkah kalian mengerti huraian ini?

Tidak mengapa, biar saya simpulkan. Perkara pertama yang perlu disematkan dalam pemikiran seorang dai’e adalah kesedaran tentang tanggungjawabnya. Elemen yang penting untuk mencetuskan kesedaran ini adalah memahami pesanan kedua-dua ayat ini. Mereka perlu tahu ganjaran dan balasan tentang pelaksanaan tanggungjawab amar ma’ruf nahi mungkar ini. Mudah, yang melakukan mendapat keuntungan, yag meminggirkan mendapat kerugian.

Teruskanlah melayari perantauan saya ini. Akan saya umpilkan sedikit demi sedikit kefahaman tentang pemikiran seorang neomuslim dan ultramu’min. Semoga penyatuan kefahaman membawa kepada penyatuan segala-galanya. Bersatu melangkah menggapai keredhaan.

Posted by: perantauhikmah | Ogos 14, 2008

Bermulanya Sebuah Perantauan

“ Ah..kau cakap bolehla..! kau pun same je..! “

Tersentap aku dengan kata-kata mad’uku itu. Apakah yang masih tidak mampu diterima olehnya daripada diriku mahupun kata-kata nasihatku? Adakah aku tersalah bicara,tersilap cara? Apakah aku juga dilihatnya melakukan kesalahan yang sama? Mengapa aku berfikir aku bersalah dalam hal ini? Atas alasan apakah aku merasakan diriku belum cukup untuk menyampaikan sepotong ayat dari nabi junjunganku, Nabi Muhammad SAW, sesuai dengan seruannya?:

“ sampaikanlah dariku walaupun hanya sepotong ayat “

Sekian masa aku masih memikirkan hal ini. perkataannya benar-benar menggamit fikiranku untuk ku kembali menilai diriku. Apakah kelemahan diriku yang aku sendiri tidak sedar apakah ia dan sebesar manakah kelemahanku itu. Adakah dengan kelemahan itu membuatkan diriku tidak layak bergelar dai’e?

Bermulalah perjalananku mengenal fitrah insani. Mencari identiti sebenar seorang dai’e. menyingkap hikmah serta kebijaksanaan yang terpalit pada nama “Luqman” sehinggakan namanya utuh tercatat dalam kitab panduan mu’min, Al-Quran dalam satu surah yang khusus. Apakah aku mampu untuk mencontohi hikmah insan yang terpilih ini dalam aku menyusuri perantauan kehidupanku. Merantau mencari secebis hikmah, akulah “ Perantau Hikmah ”.

Inginku berkongsi bersama kalian apakah hikmah yang sempatku cicip sepanjang perjalananku ini. bersamalah kita memahami pemikiran-pemikiran yang perlu ada pada seorang muslim yang sudah pastinya bertanggungjawab menyampaikan ‘ayat-ayat’ Allah. Ku harap kalian dapat mengikuti perantauan hikmahku agar kita tidak lagi menjadi umat yang dikatakan terkebelakang ataupun mudahnya ditindas oleh musuh-musuh Allah. Berjalanlah bersamaku…

“ Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al ‘Ankabut: 20)

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.