Posted by: perantauhikmah | Oktober 27, 2008

rahsia kekuatan

Pembelajaran di UIA diteruskan. Di samping, aktif berpesatuan di dalam mahupun di luar. Bebanan tugas serta tanggungjawabku kian berat. Setalah disenaraikan, hampir tidak cukup masa 24 jam yang diberi. Tika itu, aku makin tertekan, ditambah dengan kerenah sahabat serta orang di sekelilingku yang seakan-akan sengaja menambah tekanan. Aku mula tidak nampak di manakah fokus yang sepatutnya.

“ Aku tak mampu…!! “

Kemurungan menerpa sanubari. Segalanya tidak menjadi. Makan tidak berselera, mandi pun sukar digagahi. Tergelincir sebentar aku dari peribadi sebenar, aku tiba-tiba hidup tidak terurus. Tidur menjadi penenang berbisa.

Aku mencari-cari sebuku tenaga yang dapat membantu walaupun sekadar bergerak seengsot. Aku terfikir, mungkin di sinilah hadirnya istilah ‘pejuang berundur’ dengan alasan tidak mampu. Aku perlu mencari jalan agar aku tidak tergolong dalam istilah itu. Aku juga tidak mahu dijadikan contoh kegagalan oleh adik-adik yang menjadikan aku antara sumber inspirasi mereka. Aku perlu kuat. Tapi, bagaimana?

Aku cuba menyelak lembaran kitab sejarah yang sempatku pinjam dari seorang sahabat. Terdetik di hatiku untuk meneroka lubuk perjuangan para sahabat Rasulullah yang tercoret dalam sejarah membuktikan kekuatan, muslim tidak lemah.

Episod demi episod ku tatap,aku seolah-olah membiarkan fikiranku berada dalam kisah tersebut. Terasa seperti hendak mempertikaikan catatan sejarah, adakah manusia yang tidak tidur beribadah di waktu malam, berpuasa di siang hari, masih mampu menjadi panglima terhadapan di medan perang? Tidak ditinggalkan tanggungjawab terhadap keluarga di rumah, bahkan tidak putus menyampaikan risalah agama junjungan. Di manakah mereka memperoleh kekuatan?

“ Dan (dia berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (Huud : 52)

Memohon ampun dan bertaubat? Adakah itu memberi kekuatan?

“ Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh ”(adz-Dzariyat : 58)

Aku tersentuh di kala membaca ayat ini. Mengapa aku boleh tergelincir dari landasan mengingat Allah setiap tika dan waktu? Mengapa mudah untuk lupa memohon bantuan tuhan pencipta kekuatan? Tapi, pernah aku di tanya dengan soalan, bagaimana Allah memberi kekuatan pada makhluknya? Soalan ini membuat diriku berfikir. Amat seni juga perkataan ‘kuat’ untuk ditafsirkan.

Aku beruzlah sedetik, memikirkan hikmah yang ada pada dua ayat ini. Sedang aku duduk memandang keluar jendela, terpandang aku seekor burung terbang melintasi pandanganku. Terdetik di minda, itulah kekuatan. Kalian faham?

Biar saya jelaskan. Pernahkah kalian fikir, di manakah kalian mendapat kekuatan untuk berlumba lari menyaingi peserta-peserta lain dalam satu pertandingan? Saya cabar kalian membuat eksperimen sendiri, pertama tanpa keyakinan kalian mampu bersaing, kedua, kalian percaya yang kalian sama hebat ataupun lebih laju berbanding peserta lain. Saya jamin, keputusan tidak akan sama bagi kedua-dua larian.

Sudah tentunya, larian yang kedua melebihi larian kedua, mengapa? Kekuatan otak manusia adalah kuncinya, kepercayan menyebabkan otak merembeskan kuantiti hormon yang berbeza dengan keadaan otak yang ragu-ragu. Jadinya, hormon yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga akan dirembeskan lebih ketika larian kedua lantas anda akan berlari lebih laju berbanding biasa. Macam logik, bukan? Inilah rahsianya.

Hmmm, dapat aplikasinya kepada dua ayat al-Quran tadi? Ya, memang benar kita wajib percaya Allah mencipta kekuatan dan memilikinya. Adakah juga kalian percaya Allah memberi kekuatan pada kalian? Tahap manakah kepercayaan itu? Adakah kepercayaan itu sehingga kalian tidak takut mencuba segala-galanya walaupun orang lain memandang rendah? Inilah hikmahnya, kepercayaan kepada diri sendiri mempunyai kekuatan untuk semua itu adalah kekuatan yang sebenar.

Yakinlah dengan kekuatan kalian. Dan percayalah, tanggungjawab kalian tidaklah melebihi kekuatan kalian yang sebenar. Percayalah dengan firman Allah:

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya…..” (AL-Baqarah : 286)

Jadi, kuatlah kalian untuk menjalankan tanggungjawab kalian. Fikirkanlah istilah saya, neomuslim dan ultramu’min. Dengan izin Allah, kalian akan menjadi lebih kuat dari semalam. Cumanya, bijaklah menguruskan tanggungjawab sesuai dengan kadar dan waktunya kerana :

“ kewajipan itu adalah lebih banyak daripada masa ”

Advertisements

Responses

  1. my dear bro,

    Someone always keep reminds me “in order to succeed do not always follow the path of others”

    create your on pathway, your single destiny..

    “sesiapa yang bersungguh-sungguh pada usia mudanya, beliau akan menjadi orang ternama (tokoh) pada usia matangnya”

  2. InsyaALLAH…
    Enta mampu melaksanakan segala amanah yang telah diberikan..
    segala persoalan2 yag sering bermain difikiran enta hanyalah satu dugaan yang diberikanNYA..
    ALLAH tidak akan memberikan suatu dugaan itu melainkan ALLAH tahu hambaNYA mampu untuk menanggungnya…
    Tok Guru Nik Aziz ada mengatakan bahawa anak2 muda sekarang perlu sentiasa sibukkan diri dengan aktiviti2 yang berfaedah yang menyumbangkan kepada Agama,Bangsa dan Negara..supaya di masa usia tua nnti tidak berlaku penyesalan..

  3. dunia penuh cabaran,Allah sebagai pelindung….

  4. Assalamualaikum sahabatku yg ana muliakan kerana Allah…janganlah nta meragui aper yg Allah telah berikan kpd nta…anggap ianya sebagai satu mehnah untuk nta terus maju kehadapan…ana percaya dan yakin nta mampu melakukannya…HIDUP ISLAM..TAKBIR3X!

  5. anda mampu melakukannya,,,kerana kita semua dilahirkan utk mnjadi seorang manusia yg hebat,,,bukan hanya di mata manusia,tapi yang lebih utama di mata Allah,,,semoga kita terus diberikan kekuatan oleh-Nya utk menjalani hari2 yg mencabar,,(”,)


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: