Posted by: perantauhikmah | November 9, 2008

Nila Dan Susu

Seringkali kita berhadapan dengan situasi di mana kita kurang selesa dengan kelakuan rakan-rakan atau orang di sekitar kita. Situasi tersebut memerlukan kita memberi sedikit nasihat atau perbincangan.tapi, sering juga keluar kata-kata yang membantutkan.

“ Aku tak boleh la masuk ngan diorang. Kau je la yang pegi tegur. “

Tidak cukup dengan kata-kata seperti itu, ada juga yang berkata :

“ kenapa kau duduk ngan diorang? Bukan diorang tu pelajar bermasalah? “

Saya tak menafikan yang sememangya wujud perasaan tidak selesa berdamping dengan mereka yang melakukan perkara yang tidak betul. Tapi, mengapa? Penetapan fikiran tegar melarikan kita dari memberanikan diri mendekati atau menggauli mereka. Jika ada hanya, sudah tentu hubungannya tidak sama seperti kita bergaul dengan rakan sepemikiran, betul? Sedar atau tidak, inilah yang membantutkan aliran nilai-nilai yang ingin kita terapkan. Mengapa ada perbezaan?

“ aku tak nak terpengaruh…. “

Terasa biasa dengan ungkapan demikian? Memang juga tidak mampu untuk saya nafikan, kegusaran melanda sesiapa yang berada dalam lingkungan yang kurang selamat, kurang selamat dari maksiat, ingin saya tegaskan, bukan tidak selamat! Jadi, bagaimana caranya?

Pernah dengar ungkapan “ masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum “? Nampak apa yang tersurat dan yang tersirat? Apa yang kalian dapat simpulkan dari kata-kata ini? Apakah yang yang difikirkan oleh orang yang melahirkan ungkapan ini? Adakah mesti kita terpengaruh jika memasuki sesuatu kelompok? Adakah itu fitrah? Atau anda sememangnya tak setuju dengan ungkapan ini? Percaya atau tidak, saya amat kagum dengan ungkapan ini apatah lagi dengan orang yang mampu berfikir sedemikian. Tapi, ada satu lagi ungkapan yang menarik lirikan saya. “ seekor kerbau membawa lumpur, habis sekandang terpalit “ , pepatah yang juga mempunyai maksud tersurat dan tersirat. Apa yang ada dalam fikiran sewaktu membaca pepatah tersebut? Kerbau yang seekor itu, adakah ia dipandang negatif? Perkataan lumpur mengaburi maksud sebenar, sungguh halus permainan bahasa orang-orang terdahulu.

Adakah kalian nampak apa kaitannnya? Bagi saya, dua pepatah ini sesuai untuk dijadikan inspirasi kalian untuk menghadapi masalah yang diutarakan pada awal penulisan ini. Maksud yang tersirat mungkin agak sukar ditafsir kerana perkataan yang digunakan terlampau mesra persekitaran berbanding mesra pemikiran. Ya, apabila kita ingin menjadikan pepatah ini sebagai inspirasi, perlulah kita mengetahui watak yang manakah kita sebenarnya. Untuk pepatah yang pertama mungkin tidak perlu tetapi pepatah yang kedua, kita perlu tahu yang manakah memainkan peranan sebagai da’ie. Cuba kita gantikan perkataan lumpur kepada benda yang lebih positif, sudah pasti mudah untuk kita mengatakan kerbau yang membawa itu adalah da’ie, betul? Tapi, itu sahaja perkataan atau elemen yang sesuai untuk situasi kerbau tersebut (kadang-kadang untuk menjadikan ia lebih hidup). Jadi, sudah tentu kerbau yang membawa lumpur itu kita contohi. Bagaimanakah ia mampu mempalitkan lumpurnya kepada semua kerbau yang lain di dalam kandang yang dimasukinya?

“ Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebagian daripadanya kamu makan “ (Al-Mu’minun: 21)

Benarlah firman Allah, pada hikmah binatang yang mungkin kita nampak apa yang tersurat dan jarang sekali apa yang tersirat. Kerbau yang saya sebutkan tadi perlu dikaji kelakuannya, sesuai untuk konteks para da’ie, memerlukan mekanisma untuk menyalurkan apa yang ada padanya kepada mereka yang tiada. Jangan kita mengecilkan skop pemikiran bahawa kita yang mudah terpengaruh. Mengapa kita tidak percaya akan diri sendiri seterusnya memberanikan diri meletakkan diri dalam situasi di mana orang lain tidak berani. Marilah bersama kita memecahkan pemikiran sempit yang membelenggu kelancaran luncuran da’ie di jalannya. Semoga dengan kupasan ini memberi sedikit sebanyak kesan positif kepada medan dakwah kini.

Akhir sekali, ingin saya memberikan pepatah yang saya ubah suai sedikit untuk memberi inspirasi kepada sahabat sekalian..

“ Jadilah kita nila yang mewarnai susu, jangan kita menjadi susu yang bisa diwarnai oleh nila yang dititiskan…”

Advertisements

Responses

  1. bila nak update blog ni?

  2. Very intriguing post..
    Kudos to you for the ideas…

    Yeah, I agree that sometimes we have to be the person of influence/qudwah among others. It is the part of taking opportunity to make other perceive the real concept in Islam.

    But somehow, it is quite dangerous if we let ourselves as acquaintance to go inside the dubious crowd. We might the one who will be influenced!

    So, bear in our mind, if influence is not effective at a time, be like a fish. Even the sea is salty, the fish would not affected. In fact, the fishy-fishy taste is still endured.

  3. ehmm.
    kdg2, dsbbkan ksilpn kita yg LEPAS,
    (mmndg rndh pd mrk)
    mrk langsung mnyisihkan kt.
    dktekan, kt tlalu ‘strict’ aka skema
    (sdgkan yg halal ttp halal, yg haram ttp haram..itu yg kt x leh bkompromi en..)
    lalu tkeluarlah pnyataan,
    “ Aku tak boleh la masuk ngan diorang. Kau je la yang pegi tegur. “

    gimana itu sihh?

    dari perantauhikmah~
    memang lumrah kejadian atau anggapan mereka terhadap kita begitu,tetapi persepsi mereka adalah berdasarkan pemerhatian umum..
    jadi tidak salah jika mencuba membawa satu inisiatif pendekatan yang sederhana tanpa melanggar yang haram serta menyalahi yang halal…
    kesimpulannya, memang sukar untuk menjadi agen perubahan atau menjadi yang sempurna. jadi oleh itu usahlah berputus asa dalam tindakan anda kerana Allah tidak memandang natijah semata-mata bahkan menitikberatkan penilaian usaha hambaNya…
    semoga anda tidak terus meletakkan nama panggilan sedemikian kerana ia adalah satu bentuk psikologi pemikiran yang akan membawa anda kepada terikatnya pemikiran. terrikat pemikiran untuk berusaha menjadi atau menuju kesempurnaan.. barakAllahufik

  4. saya bagi masa 1 minggu untuk encik update. kalau tak saya kasi denda.

    ingat tu. =)

    • saya dah update…
      cuma belum upload..
      hahahaha

  5. salam..
    mintak maaf sblum nie pernah bersangka buruk..knp anta tak tegur diorg..(classmate)
    kdg2 ana rasa ada setengah2 perbuatan diorg melampau..(*adat2 menuntut ilmu)

    pape pun ada kebenaran apa yy di lontarkan dlm update nie..

  6. salam..menarik benar perbincangan nila dan susu ni. bersesuaian dengan apa yang sedang bergolak dalam hati ana sekarang ini..
    begini, dalam kelas ana kebanyakan kawan-kawan ana amat sensetif apabila berbincang tentang soal agama…maksud ana, apa-apa yang dibincangkan perkara-perkara berkaitan dengan agama, mereka lebih kepada bermain-main..seolah-olah perkara itu adalah perkara biasa..

    sebagai contoh, semasa perbincangan untuk membuat party birthday bagi kawan-kawan yang sambut birthday bulan ini..

    ” Kita buat kat karoke lagi” cadang seorg kawan
    tapi, si syidah(ana) nanti ndk pegi…
    “kita suh dia nyanyi lagu nasyid”
    serentak kawan sekelas ketawa…
    ana, turut ketawa juga…
    sedangkan apa yang ada di hati, ana tak dapat nak ungkapkan…

    “apa kata kita buat di restoren ni” seorg kwn lagi bagi cadangan.
    “ya, kena datang sebelum magrib.”cadang seorg kwn lagi.
    “haha, t si syida solat magrib, jemaah sana…?”
    semua yang lain ketawa…
    nada bergurau kot..ana turut ketawa juga…
    ana tak mampu nak kata apa-apa…
    hanya dalam hati…”kenapalah mereka ni, fikir main2 soal solat…”

    banyak lagilah karenah dalam kelas. kadang-kadang ana di main2kan. kalu senyap, berseorangan, termenung….kata ana berzikir…

    tapi, dalam keadaan begitu pun, ana rasa mereka sangat memandang tinggi pada ana…seolah-olah ana ni baik sangat…kalau sebut soal agama saja, nama ana yang disebut…
    sebab itu ana rasa seronok juga berkawan dengan mereka…hanya yang terkilan di hati ana, ana tidak mampu untuk menegur atau menasihati mereka sedkit pun..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: