“ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh “ (as-Saff : 4 )
Kerapkali juga saya diajukan soalan mengapakah jurusan ‘senibina dan rekabentuk alam sekitar’ menjadi pilihan saya untuk melanjutkan pelajaran, lebih-lebih lagi di UIA. Ada juga yang menambah persoalan, apa relevannya hamalatul quran (penghafal al-Quran) berada dalam bidang ini. Dan setiap kali itu jugalah saya membalas dengan jawapan yang dimulakan dengan senyuman. (“,)
Sahabatku sekalian, saya bukanlah seorang yang dikatakan bijak dalam pelajaran, sederhana. Cumanya, perlu diketahui apa tujuan pelajaran itu ditimba, bagi saya apa yang diketahui perlu dikaji bukan sekadar diingati.
Kembali pada tajuk perbincangan kali ini, bangunan yang kukuh. Kenapa perkataan bangunan digunakan dalam ayat di atas? Apa kaitan dalam berjuang secara berkumpulan?
Nampak atau tidak ironinya? Dalam satu bangunan, bahagian apa yang bersebelahan dan bahagian apa yang tidak sekali pun dinaungi bayang bahagian yang lainnya? Contoh, atap dan dinding rumah sudah tentunya bertautan antara satu sama lain. Jadi, tidak pelik jika dikatakan ia saling bantu-membantu tapi bagaimana jika dijadikan tingkap hadapan dan pintu belakang sebagai perbahasan, apa bantuan yang disumbang yang satu pada yang lainnnya? Walaupun tidak jelas sumbangannya tapi tetap ada kaitannya. Cuba bayangkan, jika salah satu bahagian ini goyah atau roboh, apa akan jadi pada bahagian yang lainnya? Sudah tentu bahagian yang lainnya juga akan atau dikatakan tidak cukup sempurna untuk menjadikan bangunan itu tempat yang selamat.
Pemahaman yang ingin saya kongsikan dalam tulisan ini adalah bagaimana bangunan dapat dijadikan inspirasi dalam kehidupan berorganisasi. Tentu banyak pandangan yang berlegar dalam pemikiran kalian apabila perbincangan ini diketengahkan. Kerapkali berlaku kekhilafan antara ahli sebuah organisasi, mengapakah perkara ini terjadi? Suka saya menegakkan hujah bahawa perkara ini berlaku kerana mereka tidak memahami sebenarnya konsep bangunan yang dijadikan analogi oleh Allah dalam ayat tersebut. Pernahkah kita terfikir, mengapa masih berlaku kepincangan walaupun telah wujudnya saff yang tersusun dan pengurusan yang kemas dalam organisasi tersebut? Inilah jawapannya, masih belum wujud satu lagi saff iaitu saff fikrah…
Tentu anda biasa dengar wihdatul fikr dan wihdatul amal, bukan? Tahap mana pemahaman anda? Apakah kesinambungan antara keduanya? Secara umumnya, wihdatul fikr menjamin wihdatul amal. Tetapi, bagaimanakah caranya kita mendapat kesatuan pemikiran ini? Adakah cukup dengan kita berikrar dan berjanji di atas satu platform yang satu dan beranggapan modal platform ini dapat menyatukan keputusan dalam setiap perkara? Masalah ini sering berlaku, penetapan melulu ini yang zahirnya nampak berkesan tetapi sebenarnya mengundang kontrovesi jiwa yang merbahaya. Bayangkan betapa banyak jiwa yang perlu dikorbankan apabila sentimen platform ini sering dibangkitkan, sudah tentu ini akan membawa kepada perpecahan amal.
Pandangan saya, perkara ini boleh diatasi dengan efektif. Mereka seharusnya menolak sama sekali menggunakan platform tersebut sebagai modal untuk membuat keputusan dan bekerja. Gunakanlah jidal dan perbincangan yang mempertimbangkan seluruhnya. Dengan itu, wihdatul fikr atau kesatuan pemikiran dapat diperoleh secara praktikalnya. Jangan takut untuk berbahas kerana dengan izin Allah, tentu terselit hikmah yang kita tidak nampak secara langsung. Tapi secara halusnya, dalam jidal dan perbincanganlah kita dapat mengenal diri kita di samping sahabat-sahabat lain. Kerana percakapan adalah pemikiran, pemikiran adalah peribadi.
Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka putusannya (terserah) kepada Allah. (Yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku. Kepada-Nya lah aku bertawakkal dan kepada-Nyalah aku kembali. (As-Syuura : 10)
Jangan takut untuk berjidal kerana ianya adalah kunci kesatuan fikrah, di mana tanpanya kita sukar untuk menilai kefahaman sesama ahli dan sahabat. Tambahan lagi, usahlah kita memberi persepsi awal terhadap sesuatu atau seseorang tanpa ada lanjutan mencari fakta yang betul. Persepsi perlu disusuli dengan bukti, bukti perlu pada diskusi…
slm ziarah.. sebarkan dakwah di alam maya. syabas ya akhi! Smg thabat dlm perjuangan.
By: ana_jundullah on Januari 7, 2009
at 6:34 pm
salam jihad! semoga istiqomah sentiasa.
By: sumaiyah on Januari 9, 2009
at 12:18 pm
mabrul ilak..permulaan usaha yg cukp baik.moga dteruskn
By: loo on Januari 11, 2009
at 1:07 pm
slm ziarah,teruskn perjuangan shg ketitisan hembusan terakhir sbg ansorullah.sgl ilmu yg bermanfaat utk islam wajar dituntut selagi tidak menyalahi syarah.slm mujahadah
By: insyirah on Januari 23, 2009
at 4:47 pm
salam ziarah..melebarkan sayap dakwah..
By: farahimani on Mac 6, 2009
at 7:34 pm
bl nk up date log nii
da lama 2ggu
By: hurul ain on Mac 25, 2009
at 3:16 am
salam
sori
bz cket
dok bace orang punye jer
lagipun ilham banyak sangat smpi x sempat organize..
(,”)
insyaAllah dalam mase terdekat ni..
By: perantauhikmah on April 6, 2009
at 3:56 pm
awatnya!
Tulis lagi. Tulis lagi.
By: Akmal Hakim on April 26, 2009
at 7:06 pm
salam alayk
bila nak update blog enta??
By: zakiah on Mei 8, 2009
at 10:32 pm
Salam man,,,, bila nak update blog ni, dah 8 bulan
By: ahmad on Mei 31, 2009
at 11:01 pm
salam ziarah. Mg tabah & thabat d jln Allah.
By: a_iA on Jun 15, 2009
at 6:13 pm
stkt promote x update baik x payah
By: amierwan on Jun 27, 2009
at 2:20 am
salam ziarah ya akh!
bagus penulisan ini.teruskan berdakwah ya~
By: asyila on Julai 30, 2009
at 3:12 pm
salam ziarah.sahabat spins yang ana hormati.
semoga terus menulis.
Kerana percakapan adalah pemikiran, pemikiran adalah peribadi.
By: warkahraudhah on Ogos 9, 2009
at 5:59 am
salam alayk
selamat berpuasa
ramadhan kareem
By: ikhwanul hisan on Ogos 29, 2009
at 1:37 am