“ maaf ustaz (panggilan hormat seorang muslimah kepadaku), ana rasa ana tak mampu nak tegur dia, ana ni muslimat je, mana mampu nak lakukan kerja-kerja macam tu…elok ustaz cari cara yang lain…asif “
Terkilan aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut seorang muslimah yang mengaku dirinya sebagai da’ie…tidakkah dia terfikir bahawa diri sebagai muslimah bukanlah penangguh kejayaan dakwah, bahkan muslimah adalah sayap kiri perjuangan itu sediri yang melengkap perjalanan sebuah bahtera, bahtera penyelamat…
Sayap kiri…?
Mengapa istilah ini sering di salah erti…sayap kiri bukanlah kelas kedua…
“ Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka….. “ (An-Nisa’ : 34)
Kadangkala ayat Al-Quran hanya diambil sebagai propaganda dan momokan…ianya tidak dikaji dan diteliti oleh mereka yang mendengar dan menerima…Saya buka menuduh dan merendahkan sesiapa, cuba anda semua perhatikan ayat ini secara penuh…petikan tadi hanyalah separuh sahaja dari ayat surah An-Nisa’…ayat ini sebenarnya menerangkan aturan rumahtangga, tidak berkaitan secara khusus mengenai perbezaan kekuatan antara lelaki dan perempuan…jadi, mengapa ayat ini dijadikan hujah untuk mengatakan bahawa wanita itu lemah? Adakah ianya untuk mendiskriminasi wanita?
Bukankah Allah itu maha Adil? Sudah tentu Dia menciptakan sesuatu itu cukup sempurna walaupun lemah di mata manusia…
Wanita…janganlah dikau lemah kerana propaganda ini, dikau juga mempunyai kelebihan berbanding kaum Adam…lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu manakala perempuan sebaliknya…sebentar,tunggu…perasan atau tidak perkataan ‘nafsu’ itu?…apa tafsiran nafsu pada anda?hmmm…di sinilah bermula paradigma yang kita inginkan…sahabiahku, ‘nafsu’ yang dimaksudkan di sini adalah ‘emosi’…apakah ironinya?
Mari saya bawa anda merungkai satu persoalan analogi yang mudah…cuba perhatikan nasi…bagaimana beras boleh jadi nasi?…sudah tentu beras perlukan air untuk menjadi nasi…di sini kita dapat lihat yang keras memerlukan yang lembut…begitu juga lelaki, memerlukan wanita…fikiran tidak boleh hanya dibiarkan sendiri…perlu juga emosi untuk mengimbangkan fitrah insani…
Apabila sempurna cara dan ikhtiar, maka terpancarlah satu keputusan yang tidak kita terbayang…ibarat beras dan air…apabila cukup sukatannya, maka terhasil nasi yang enak dimakan…
Bukti sudah jelas dalam sirah nabi junjungan di mana isteri baginda, menghulurkan emosi mutual atau seiring dengan tekanan yang baginda lalui…jika tidak kerana emosi tersebut, masakan dapat Rasulullah (yang juga merupakan manusia) mengharungi liku2 perjuangan yang mustahil dapat kita nafikan dugaannya…
Kesimpulannya…muslimah…bangunlah, jadilah dikau peniup semangat muslimin…tangan yang lembut menghayun buaian, tidak mustahil mampu menggoncang dunia…
mantap..
By: aku abid on November 19, 2009
at 10:52 pm
bgus komen anta terhadap wanita..ana setuju
By: sunrise on Februari 8, 2010
at 12:48 pm
Assalamualaikum..subhaAllah..bagus sungguh ape yg nta tulis ni..
Wanita e2 adalah sayap kiri perjuangan Islam..
Semoga m’jadi spt itu..
By: ~imbh~ on Februari 21, 2010
at 2:09 am