Posted by: perantauhikmah | April 8, 2009

sehebat dentuman guruh

Dalam berdakwah seringkali terjadi situasi di mana yang mempunyai kelebihan yang jelas dipergunakan sebaiknya…ini tidak menjadi masalah…masalahnya ialah mereka yang berada di belakangnya…sampai bila?

“ aku rase elok kau yang pergi cakap ngan die…aku ni tak pandai sangat bab cakap-cakap ni…kau kan pandai pidato…lebih berkesan kalau kau yang pergi…aku ni layak buat kerja di sebalik tabir je “ seorang sahabat melafazkan isi minda…

Jika di dalam perbincangan kumpulan mahupun pembentangan ilmiah dalam usrah, seringkali mereka yang berani bercakap sahaja yang bercakap…risau agaknya…

Sejenak ku termenung…memikirkan apa yang patut ku katakan…bukanlah aku risaukan mad’uku tapi sahabat sepejuanganku itu…sampai bila fenomena ini akan berterusan…mereka yang tidak pernah mencuba akan mengatakan mereka tidak punyai kelebihan itu…dan yang pernah mencuba tetapi gagal pada kali pertama mengatakan mereka tidak layak untuk lakukan lebih…

“ biarlah aku kekal berada di tempat yang sebelum ini “ ungkapan hati mereka…hmm, memang benar jika mereka mengatakan masing-masing pada bidang masing-masing…seperti bangunan(tulisan terdahulu), mempunyai posisi masing-masing…tapi, hakikatnya posisi itu tidak akan kekal…kita sentiasa berhijrah, situasi sentiasa berubah…sahabat perjuangan di sekeliling juga bertukar ganti…tatkala itu, kedudukan kita di saff belakang, mungkin tidak lagi relevan…justeru, pertingkatkan kemahiran diri, pelbagaikan kebolehan…

Analogi guruh yang berdentum nampak ironi…ibaratkan bunyi guruh yang berdentum adalah mereka yang berada di saff belakang…ibarat suara ma’mum mengatasi suara imam ketika mengaminkan al-Fatihah…petir bersembunyi di balik awan…jika keluar, maka jadilah halilintar…begitu jugalah ma’mum, mampu juga menggantikan imam jika imam tiada, mahupun khilaf…

Usah rendah diri dengan pemberian tuhan..masing-masing ada kelebihan…juga dikurniakan akal untuk belajar..belajar supaya boleh, barulah dinamakan kebolehan…seterusnya menjadi kemahiran…

Sampai bila?sampai bila perjuangan ini perlukan ikon?jika tiada ikon, maka tiadalah semangat perjuangan?

Perjuangan ini bukanlah sentiasa ‘one man show’…tidak sentiasa ada mereka yg boleh bercakap di samping kita…kita juga perlu pandai berpidato dan berjidal…usah takut…

Mari bersama hapuskan mentaliti ini…yang sering di belakang tabir, majukan diri anda…marilah kita jadi ultramu’min…mu’min yang versatile, fleksibel dan serba boleh…

Advertisements

Responses

  1. salam.. menarik post nie.. tanpa kita sedar mmg realiti inilah yg sering berlaku. yang berani bercakap akan sentiasa terkehadapan. yg tak brani pula akn sentiasa berada pd takuk yg lama. biar bnyk cara yg kita lakukan utk bg yg tak brani bercakap nie kehadapan, tp tanpa keinginan mereka sendiri mmg payah. apa2pun.. ada sebilangan drp org2 yg mcm nie bila kita push or kita bg semangat dorg akn tampil kehadapan. so.. kita pun kna men peranan. d samping mereka2 nie perlu brani menerima cabaran. mereka tak sdar lagi bhw sebenarnya mereka lebih hebat dr apa yg mereka sangkakan.

    • salam…benar…kite perlu usaha sebaiknya utk mencapai hasrat dalam post ni..

  2. sedar ataupun tidak perkara ini berlaku dalam semua kalangan.. bukan setakat wanita atau muslimat sahaja sebaliknya muslimin pun kedapatan juga. perihal kurang ilmu adalah alasan yang selalu diguna pakai, tapi apa yang ana nampak adalah bagaimana daei2 ini mampu menggunakan apa sahaja yang mereka ada untuk disampaikan. tunggu sampai perfect jenuh ar… sekadar berkongsi.. 😉

  3. ape beza guruh ngan petir? =p

  4. ~Sekadar perkongsian~
    Imam Hassan Al-Banna berkata :
    “wahai manusia, sesungguhnya aku sedang menasihati kalian dan bukan bermakna aku yang terbaik diantara kalian, bukan pula orang yang paling soleh diantara kalian. Sungguh aku pun telah banyak melampaui batas terhadap diriku. Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya, kecuali setelah dirinya menjadi sempurna, nescaya tidak akan ada para pemberi nasihat. Akan menjadi sedikit jumlah orang yang mahu memberi peringatan dan tidak akan ada orang yang berdakwah dijalan Allah S.W.T” -Mawa’izh lil imam hassan al-banna m/s 185-187-

  5. Salam ziarah. SubhaanAllah, Nice entry. Keep it up.

  6. subhanaAllah .

  7. Blog yg sgt menarik..Teruskan menulis , teruskan dakwah ente ..Sememangnya tulisan ini dpt menyentuh hati si pembaca..Buktinya ana tersentuh…Semoga Allah meredhai .. apa yg disampaikan..^^ Hayya Bil Jihad..Sekali lagi SubhanAllah..^____^

    • InsyaAllah..syukran


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: