Posted by: perantauhikmah | Mac 7, 2009

hujan

“ ana dah jemu la jadi naqib ni…anak usrah bukan nak datang pun…”

“ macam-macam cara dah ana cuba, diorang tak minat jugak nak datang…nta tau tak kenape…?

Soalan yang ringkas…tapi jawapannya sungguh subjektif…hmm…tapi, yang membuatkan saya terpinga adalah mengapa soalan itu ditanya…

Tidaklah ingin saya mengupas secara terperinci ciri-ciri seorang naqib dan peranan yang perlu di bawa…Cuma kupasan yang ingin saya bentangkan adalah untuk membuka pemikiran para naqib…di mana mungkin halaman kali ini mampu membawa kelainan dan pembaharuan dalam institusi usrah bersama…dan mungkin merungkai beberapa persoalan lain dalam perantauan hidup kalian…

Mengapa anak usrah tidak berminat dengan usrah?…adakah salah pada naqib?…anak usrah?….manhaj dan lain-lain?…

Tak perlu saya berikan jawapan, cuma saya ingin bawa anda untuk memerhatikan hikmah di sebalik kejadian hujan secara keseluruhan…

Hujan…manusia mudah melihat hanya pada ketika hujan itu mencurah mambasahi bumi…adakah manusia biasa melihat saat dan ketika serta bagaimana hujan itu terhasil…?

Manusia ibarat bumi…fitrahnya mengharap…bumi mengharap hujan akan membasahinya…manusia pula mengharap pemberian..

Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira. Dan Sesungguhnya sebelum hujan diturunkan kepada mereka, mereka benar-benar telah berputus asa.      ( Ar-ruum : 48 & 49 )

Nampakkah kalian akan hikmahnya?hmm…tidak mengapa, biar saya huraikan…apa kaitan hujan dengan persoalan kali ini?

Bumi perlukan hujan…tapi, adakah bumi akan mendapat hujan begitu sahaja tanpa menyumbang apa-apa kepada langit?…ya…bumi juga perlu berkorban terlebih dahulu sebelum menerima hujan…bumi perlu berkorban dengan menjemur permukaannya untuk air tersejat kemudian membentuk awan yang akhirnya barulah hujan…dan mungkin untuk itu, bumi akan kering kontang…apakah ironinya?

Naqib perlulah terlebih dahulu memberi apa yang diharap atau didamba oleh anak usrah…kemudian dengan itulah apa yang naqib inginkan dari anak usrah akan dikecap…dan mungkin apa yang dilakukan untuk itu membuat para naqib hampir berputus asa…seperti bumi kering kontang membiarkan air tersejat…hmm, kadang-kadang sukar untuk kita fahami apakah keinginan anak usrah kita…namun, jawapan boleh diperoleh melalui pembayangan bahawa kita berada di tempat anak usrah…dengan itu lebih mudah untuk kita memahami…

Oleh itu, letakkanlah diri bersama hati kita di tempat orang lain agar mudah kefahaman dan toleransi dicapai…umpama kejadian hujan, bumi cuba meninggikan puncak gunung-ganang agar mencecah langit…


Respon

  1. analogi menarik!

    terkesan dan harap-harap dapat menghayatinya 🙂

    • time kasih..
      teruskan melawat ye…
      (“,)

      • baek! 🙂
        terima kasih jugak sudi lawat blog sy

  2. dan dari teduhnya hujan
    muncullah sang pelangi =)

  3. =)

    analogi y menarik..

    *hakikat berbuat sesuatu adalah utk diri sndiri?

    ye lah..niat krn Allah taala..
    tp..semua kebaikan itu akn berbalik kpd diri sndiri kn?

    bantu org lain utk bantu diri..
    *x berarti mengharap balasan pula..

    mungkin salah teori kehidupan ni..

    asif..masih kurang matang dlm beri pendapat..

    -undur diri-

    • salam…akh…
      bukan bermaksud melakukan sesuatu mengharapkan balasan…
      tetapi mempunyai pemikiran di mana kita adalah sebahagian dari alam…
      di mana,jika kita melakukan sekecil-kecil perkara pun,alam akan menerima impaknya…alam itu merangkumi juga manusia sekelilingnya…maaf atas kekurangan huraian…
      mabruk atas pandangan…teruskan perantauan di halaman ana… 🙂

  4. salam akh
    Ana nk cerita sikit pengalaman ana masa usrah di cfs dulu. Naqib ana memang seorang yg pndai mencari isu, menjadikan perbincangan lebih menarik. Sbg cth, mengulas isu terkini yg timbul berdasrkn ilmu masing-masing. Sering juga ditayang video2 berkaitan dan kami diminta mengulas.. terus terang ana katakn, memang tidak mengikut silibus yg ditetapkn oleh university.

    Ana tertarik dgn cara beliau sehingga jika ana tertinggal atau tidak dpt hadir, ana rasa sgt rugi. Cara beliau mengadaptasi perbincangan usrah drp lisan semata kpd multi-media bg ana adalah suatu yg kreatif yg boleh dipraktikkan oleh naqib2 masa kini..

    wsalam.. asif kalau tersilap bahasa.

    • salam..syukran akh umar….
      ye…naqib yang seperti itulah yang kite perlukan… 🙂


Tinggalkan komen

Kategori